Assalammuallaikum. Disini saya ingin kongsikan pengetahuan saya tentang komputer. Kali ini saya akan memberikan informasi tentang jenis-jenis komputer dan fungsinya.
Sistem komputer boleh dikelaskan berdasarkan kepada saiz, kelajuan, pemproses dan juga harganya. Terdapat lima jenis sistem komputer yang utama iaitu:
1. Komputer Super ( Super Computer )
- Komputer super dibina berasaskan keperluan bagi menyelesaikan pengiraan saintifik yang mengandungi sejumlah data yang besar.
- Mampu melaksanakan beberapa tugas secara serentak ( multitasking ) pada satu pemproses mikro yan sama.
- Ia juga berupaya membahagikan satu tugas kepada beberapa pemproses mikro ( multiprocessing ).
- Kelajuan komputer Super diukur dalam unit nanoseconds dan ia berupaya beroperasi sepantas 128 gigaflops
- Super juga merupakan sistem komputer yang terpantas dan berharga dalam lingkungkan RM 2 juta hingga beberapa ratus juta Ringgit Malaysia
- yang sering memerlukan penggunaan Komputer Super adalah meliputi ramalan keadaan cuaca, grafik dan animasi, pengiraan fluid dynamic, kajian tenaga nuklear dan pencarian petroleum serta ketenteraan dan pertahanan negara
- Komputer Super yang utama adalah seperti CRAY dan Option
2. Kerangka Utama ( Mainframe )
- menyokong sehingga ribuan pengguna dalam satu masa yang sama
Saiznya lebih kecil dan kurang keupayaannya berbanding Komputer Super - Digunakan terutamanya di bank, syarikat-syarikat yang besar dan di pusat-pusat pengajian tinggi
- Sesuai terutamanya bagi keperluan operasi intensif input dan output yang juga sering mempunyai “ front-end processor” yang merupakan komputer berasingan yang khusus bagi tujuan input dan output dari terminal
3. Komputer Mini ( Mini Computer )
- yang lebih kecil berbanding Kerangka Utama tetapi mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan Kerangka Utama cuma dalam skala yang lebih kecil
- menyokong antara 4-200 pengguna berkongsi terminal dalam satu masa
- IBerkeupayaan untuk beroperasi lebih pantas daripada Komputer Mikro serta ia juga juga mempunyai ruang storan yang lebih besar
- komputer mini yang paling popular antaranya adalah seperti : VAX dari Digital Equipment Corporation.IBM, Data General dan Prime Computer juga merupakan pengeluar komputer mini yang utama
4. Stesen Kerja ( Work Station )
- Komputer berteknologi tinggi , pantas dan sering digunakan dalam bidang rekabentuk komputer ( Computer Aided Design ), Geographic Information System ( GIS ) , animasi komputer dan sebagainya
- Merupakan sistem komputer yang utama di kalangan jurutera, arkitek dan ahli profesional yang memerlukan paparan grafik yang jelas dan mendalam
- stesyen kerja menggunakan teknologi Reduced Instruction Set Computer ( RISC )
- Stesyen kerja yang paling popular antaranya ialah Silikon Graphics dari Sun MIcrosystem
5. Komputer Mikro atau Komputer Peribadi( PC )
- Kategori sistem komputer yang paling pesat berkembang dalam industri komputer
- Kecil, tidak mahal dan dibina khususnya bagi tujuan peribadi. Walaupun demikian PC juga boleh digunakan secara rangkaian komputer
- Merupakan sistem komputer yang beroperasi berasaskan pemproses mikro. Selain dari itu, PC juga mempunyai papan kekunci untuk memasukkan data, skrin paparan ( monitor ) bagi memaparkan maklumat dan peranti storan untuk menyimpan data
- Contoh PC: Komputer, Laptop, Notebook, Subnotebook dan Komputer Palmtop atau PDA
Sekian ini sahajalah untuk kali ini. Insyallah lain kali saya akan paparkan informasi tentang Internet pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan