Khamis, 25 Disember 2014

HTML

Assalammuallaikum, kali ni aku nak kongsi secara ringkas tentang HTML yang aku belajar dalam kelas baru-baru ni.

Aku tau setiap orang mesti pernah dengar perkataan HTML walaupun sekali je dalam hidup. Bagi yang dah tau apa HTML tu bagus la. Kalu tak tau, HTML adalah asas utama untuk membina laman web.



HTML adalah ringkasan bagi Hyper Text Markup Language. Jangan takut bila korang dengar nama penuh HTML, yang penting korang tau bagaimana HTML berfungsi sehingga boleh mewujudkan sebuah laman web yang boleh dilayari.



Apa yang penting, korang kena tahu bagaimana nak menghasilkan sebuah kod HTML. Tapi sebelum tu korang kena tau basic dulu. Aku pun baru je belajar dalam kelas.

<html>

<head>

<title>tajuk laman web</title>

</head>

<body>

kandungan laman web korang nak 

</body>

</html>

Hahaha korang mesti tak paham kan? Ni lah asas kerangka sebuah file HTML. Tak pe aku pon tak paham mula-mula. Setelah practice banyak kali baru boleh. Apa yang aku tunjuk kat atas tu adalah apa yang aku belajar tempoh hari. Nak menghasilkan kod hanyalah menggunakan simple english words. Dengan kod HTML korang membina laman web sesuka hati korang. Tapi korang kena banyak masa untuk diluangkan untuk belajar semua ni.(hehe)

HTML berfungsi untuk memastikan file-file laman web yang mengandungi kod-kod HTML berfungsi dengan baik. Seperti yang aku bagitau tadi, kod-kod HTML adalah bahasa yang difahami oleh browser. Kod-kod (juga dikenali tag) seperti <HTML>, <TABLE>, <BODY> dan banyak lagi (google untuk maklumat lanjut) merupakan bahasa yang semua browser faham. Ooo lupa nak bagitau browser tu macam Internet Explorer, Chrome, Firefox, Safari, Opera Mini,...........(banyak nak kena tulis pulak).

So, kepada korang yang faham alhamdullilah. kepada yang tak paham korang tanyalah orang lain ek. Apa yang aku tulis berdasarkan pemahaman aku yang sedikit je. Aku banyak nak kena belajar ni. Oklah nilah secara ringkas HTML yang aku boleh explain kat korang. :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan