Memaparkan catatan dengan label DIRIKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIRIKU. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Januari 2015

AMAZINGS (Kuala Lumpur)

Cuba korang tengok video ni. Serius cool..


 KUALA LUMPUR DAY-NIGHT : OLEH ROBERT WHITWORTH

LAWAK

Cuba korang tengok kartun yang aku jmpa dalam ineternet...


hahahahahaha...........

Ahad, 21 Disember 2014

KERJA, KERJA DAN KERJA LAGI

Assalammualaikum, dah lama aku tak update blog. Ni baru ada masa lapang. Cakap banyak tak guna, kali ini aku ceritakan pasal kerja. Sejak habis belajar dah bermacam-macam kerja aku pernah buat, tak kiralah kerja berat ke, ringan ke, rilek ke, semua pernah aku kerja (semua yang halal la). 
Mukadimah panjang tak guna jugak, baik aku cerita terus.

BERKEBUN


Berkebun adalah kerja pertama aku (selalunya orang tua-tua je yang berkebun) tapi bukan berkebun yang besar-besaran lah, belakang rumah aku la. Belakang rumah aku kalu tanam apa pun mesti jadik punyalah. Nak dijadikan cerita, semuanya bermula apabila abah aku suruh aku tanam pokok pisang bila aku mintak duit nak isi minyak moto dekat dia. Orang tua kalu cakap macam tu mesti bersebablah (takut aku buang masa merempit kot tapi tu dululah). Maka dengan malasnya aku pon mulalah berkebun. Mula-mula tanam pisang je, lepas tu tanam serai, lengkuas, pokok-pokok ulam dan macam-macam lagi. Lepas sebulan, mulalah nampak hasilnya (pokok pisang). Aku macam tak percaya yang aku ni da bakat berkebun (takda gambar betul nak letak sebab tak pernah amik pon). Akhirnya buah-buah pisang tu pon aku jual. Dapat jugaklah dekat seratus. Sekarang ni aku tak tau apa dah jadi dekat belakang rumah aku tu. Dah  naik semak aku rasa (hahaha).

KANTIN KILANG

Kerja ni aku mintak lepas habis je SPM (dah lama benar tu). Masa tu dengan selambe je aku tanya pak guard setiap kilang yang ada kat Kulim (town yang dekat dengan kampung aku). Setelah penat mencari, akhirnya aku dapat jugak kerja kantin kilang yang bernama BCM. Bos kantin tu bagi gaji bayar hari-hari. So setiap hari lepas abis keje terus aku enjoy (umor muda katakan). Sehari bos bayar rm25. Kerja aku senang je, cuma kena cuci pinggan je. Makin lama aku keje, makin tinggi gaji aku dapat. Tapi keje pon makin susah la. Dari cuci pinggan naik pangkat keje bancuh air, jadi cashier dan last sekali aku jadi tukang masak. Gaji tukang masak paling rendah aku pernah dapat sehari rm60. Cuba korang bayangkan berapa aku dapat time kantin tu penuh dengan orang? Confirm lebih seratus la (hahaha).Lepas 5 bulan aku keje aku berhenti sebab tak tahan keje malam dah (dari awal keje memang aku dapat keje malam).  

TECNICHIAN KILANG
Intel Kulim Hi-tech

Lepas abis study aku apply INTEL dekat Kulim Hi-Tech. Aku keje kilang ni sebab dekat dengan rumah (tak ready nak keje jauh-jauh). Keje kat Intle memang enjoy. Member2 suma memang best dan banyak masa rilek dari keje. Pernah sekali aku curi tido dalam store dari pukul 4 sampai abis waktu keje pukul 7 (hahaha nasib x kantoi). Selepas setengah tahun keje, aku berhenti keje sebab bergaduh dengan supervisor. Orang bermasalah macam aku ni mana bos suka (hahaha nakal jugak aku ni).
Tak lama kemudian aku dapat keje tecnichian jugak kat kilang First Solar. Nama kilang pon dah boleh agak kilang produce ape kan. Kilang ni yang tak bestnya environment dalam production kilang kurang selamat. Ni sebab kilang ni guna chemical yang boleh membahayakan manusia (nak produce solar memang kena guna chemical tu). Apa nama chemical tu aku rahsia kan sebab nak suruh korang cari sendiri (hahaha). 3 bulan keje dengan overtime, dapat bayar downpayment keta terus aku berhenti. Tak tahan takut mati awal (hehe).

CURRENT JOB

Sekarang aku keje dengan sebuah company tempatan (Mantin) yang bernama FARO IINDUSTRIES SDN BHD. Nak tau lebih lanjut, korang google lah sendiri ek (hehe). Keje kat sini memang mencabar beb. Company ni memang terlibat dalam steel fabrication, civil, engineering, construction, oil & gas dan lain-lain. Company ni pon ada product diorang sendiri (google kalu nak tahu). Keje aku bermula dari office boy je. Biasalah first time berhijrah dari kampung dapat keje ni pon ok la. Lama-lama keje dengan pelbagai posistion pernah aku pegang sampailah sekarang aku menjadi executive (executive biasa je lah hehe). Ini lah keje yang paling lama pernah aku keje. Dah banyak aku belajar sepanjang aku keje kat sini. Bila dah lama keje, tiba-tiba timbul niat nak sambung study dalam bisnes. Ini mungkin sebab keje aku ni da kaitan dengan manage bisnes kot sebab tu rasa nak sambung belajar. Alhamdullilah sekarang dah hampir 5 tahun aku keje kat sini. Buat masa sekarang tak rasa nak tukar keje. Kalu tukar keje pon sebab dapat keje dengan goverment (mintak tak pernah dapat pon hehe).



Khamis, 6 November 2014

Kampung HalamanKu, SEDIM


Sedim merupakan mukim tertua di Kulim, Kedah.Nama Sedim dari sebutan asalnya “Sidim atau ” atau “Sidin” telahpun tercatat dalam sejarah sejak Kedah belum menerima Islam lagi.Terletak kira-kira 28 kilometer dari bandar Kulim. Dahulu Sedim dikenali sebagai tempat bersejarah "Peristiwa Sedim". Tetapi kini lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan yang dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

Peristiwa Sedim

Peristiwa Sedim merupakan peristiwa penculikan oleh Tunku Abdul Rahman terhadap ayahanda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) iaitu semasa Jepun menyerang Kedah pada Disember 1941. Peristiwa tersebut terjadi pada hari Isnin 8hb Disember apabila Jepun menjatuhkan bom di Sungai Petani. Tunku Abdul Rahman pada ketika itu adalah Pegawai Daerah di Kulim. Pada malam sebelum "penculikan" itu berlaku, Tunku sedang bertugas di Ibu Pejabat A.R.P. dan menerima mesej daripada Dato Sri Syed Omar Shahabudin bahawa British hendak memindahkan Sultan pada waktu subuh.

Tunku Abdul Rahman bergambar bersama Komander Tentera Jepun, Major Tomiaka dan pemain-pemain bola sepak semasa menjadi Pegawai Daerah Kulim

Pada malam yang sama, Tunku memutuskan bahawa ayahandanya wajar berada bersama-sama rakyat jelata pada waktu itu. Oleh yang demikian, Tunku bertindak nekad untuk menghalang pihak berkuasa untuk membawa ayahandanya ke Pulau Pinang. Tunku melengkapkan diri dengan senjata dan bersama-sama dengan rakannya Syed Abu Bakar Al-Idrus, menunggu baginda di Simpang Kepala Batas. Kereta pertama dengan iringan polis bertolak dan dua minit kemudian muncul kereta Rolls Royce yang membawa baginda Sultan, Tunku Abdul Rahman menahannya dan melompat masuk lantas memaksa pemandunya menghala ke arah Kulim. Hanya apabila tiba di Pulau Pinang barulah mereka yang turut serta sedar tentang kehilangan baginda Sultan. Selepas membuat siasatan, mereka mendapati bahawa Sultan berada bersama-sama Tunku di Kulim.
Tunku berjaya melaksanakan misinya memandangkan pergerakan kenderaan yang perlahan dengan jarak masa selang dua minit bagi mengelakkan debu pada jalan. Tempoh dua minit cukup buat Tunku untuk melencongkan kenderaan berkenaan.
Tunku membawa ayahandanya ke tempat kediamannya di Kulim dan apabila pihak Jepun kian hampir, Tunku meminta baginda Sultan dan Pemangku Raja untuk ke tempat perlindungan yang disediakan khas di Estet Bukit Sedim iaitu di luar garis kemaraan Jepun. Seterusnya rombongan baginda dibawa ke Kampung Sedim. Pada ketika itu, penduduk kampung telah berpakat untuk membuat usungan daripada dua batang buluh dan apabila rombongan Sultan tiba, baginda diusung ke rumah Penghulu Sedim iaitu Haji Yassin. Di Kampung Sedim, Sultan Badlishah tinggal di rumah anak Penghulu Haji Yassin. Seramai 5 hingga 60 orang disuruh berkawal siang dan malam untuk menjaga keselamatan baginda Sultan. Mereka kekal berada di situ selama 6 hari sehinggalah Jepun menghantar rombongan untuk mengiringi mereka kembali ke Alor Setar. Apabila mereka sampai di Alor Setar, baginda Sultan tanpa meluahkan sebarang bantahan, tidak dibenarkan bersemayam di Istana Kampung Baharu kerana tentera Jepun mahu merampasnya. Oleh itu, Pemangku Raja membawa baginda Sultan tinggal di Istana Anak Bukit dan disitulah baginda mangkat pada tahun 1943, setelah memerintah selama 62 tahun.

Ketika menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang Pertama, pada 12 Januari 1963 YTM Tunku telah mengisytiharkan nama Kampung Sedim menjadi“Kampung Lindungan Raja”. Nama baru ini adalah mengambil sempena dan sebagai membalas budi di atas kawalan dan perlindungan yang diberikan oleh penduduk Kampung Sedim kepada DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Rumah Lindungan Raja yang pada asalnya milik Penghulu Mukim Sedim, Haji Yassin
Almarhum Sultan Abdul Hamid dikenali sebagai seorang yang warak.

Tarikan selain sejarah
Setelah sekian lamanya perisiwa bersejarah itu berlaku, kini Sedim lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan dari dalam dan luar negara. Antara tarikan pelancongan utamanya ialah:

The Tree Top Walk


Tree Top Walk ataupun lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Laluan Kanopi Sungai Sedim  merupakan adalah titi gantung sepanjang 1.5 km. Ianya terletak di kawasan Hutan lipur Sungai Sedim dan hanya 30km daripada Bandar Kulim.Laluan Kanopi Sedim mempunyai ketinggian sehingga 34450 mm dari aras tanah, sepanjang 950 meter dan setinggi 50 m dari tanah yang merupakan titian terpanjang di dunia.. Hutan Lipur Sedim terletak di kawasan Gunung Inas yang cantik dan dipenuhi alam flora dan fauna. Pelancong dari dalam dan luar negari datang ke sini dengan tujuan untuk menikmati alam asli yang sunyi dari hiruk pikuk kota serta untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.
Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini. Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan kehidupan liar yang sungguh menawan – kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah. 


WATER RAFTING


Sungai Sedim dianggap antara sungai yang mempunyai arus terderas di dunia dan diiktiraf juga sebagai jeram terbaik di Malaysia bagi sukan Water Rafting. Sungai Sedim juga dikategorikan 5 lokasi pilihan di Asia Pasifik. Banyak juga pertanadingan Water Rafting peringkat antarabangsa berlangsung di Sungai Sedim. Malahan Sungai Sedim juga pernah menjadi lokasi National Geography.Sepanjang sungai tersebut yang sejauh 15 km terdapat 24 jeram dengan nama-nama tertentu seperti Salak, Kasai Kawah dan Tiga. 



Tarikan pelancongan yang lain:

Selain itu, tarikan yang adalah seperti mandi-manda, berkelah, Kem Motivasi, Teambuilding, Summer Camp, Rock Climbing, Jungle Tracking, Flying Fox, dan lain-lain lagi.












       
Inilah sajalah yang dapat saya ceritakan tentang kampung halaman saya yang menarik.