Memaparkan catatan dengan label UKM LIFE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UKM LIFE. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Januari 2015

HIDUP SELEPAS BERGELAR STUDENT UKM

Assalammualaikum,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan
selepas aku bergelar student ukm, hidup aku mulai berubah. Isnin hingga Jumaat kena pegi keje, Sabtu & Ahad, pegi kelas....Letih jugak wei. Tapi kalu nak dibandingkan dengan membe kelas aku yang len, diorang lagi letih sebab boleh dikatakan suma dah kahwinn. Mesti lagi penat.

pintu masuk utama UKM Bangi

Apabila tiba weekend, aku kena bangun awal (x awal sangat macam ari keje) and ready pegi kelas. Nak pegi kelas (UKM Bangi) kira-kira 30 minit perjalanan. Tu pun kalu trafik okla. Aku tinggal kat Mantin, N.Sembilan. So aku kena guna hway LEKAS untuk ke kelas. Lepas msuk hway, exit kajang selatan (Semenyih) and masuk Bandar Tech untuk shortcut ke Bangi.

pekan Mantin, N.Sembilan
dari highway Lekas exit semenyih
Dah sampai Bangi, terus ke UKM yang berdekatan dengan stesen KTM. Jalan lagi baru jumpa UKM, tapi aku masuk pagar bukan utama sebab dekat dari jalan yang aku guna.

jalan masuk ke stesen komuter, UKM Bangi
Selain jalan ni, ada jalan lain yang guna untuk kelas tapi masa perjalanan dekat sejam la. Jalan ni aku guna bila jalan ke hway Lekas sesak (kadang2 je sesak). Jalan yang dimaksudkan adalah Hway Utara-Selatan.
Nak guna hway ni aku kena gerak ke Nilai dulu baru boleh nek hway. Ikut hway ni lagi nak exit, exit ukm bangi terus la (da signboard).
dari highway Utara-Selatan

Ahad, 28 Disember 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA






Assalammualaikum, kali ni aku cerita tentang sebuah universiti yang terkemuka di negara iaitu UKM. Apasal nak cite pasal UKM? sebab aku study kat sini la..


ketika dalam pembinaan (kampus Bangi)

Ok kita start dari awal ek. Menurut sumber yang aku dapat, ukm ditubuhkan pada 18 Mei 1970 dan kampus pertama (sementara) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sekarang, UKM terletak di Bangi, Selangor (kampus utama), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.


PPUKM

         Sejarah penubuhan UKM bermula sebelum zaman kemerdekaan lagi (lamanya). Bermula ketika dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada tahun 1903, isu keperluan pendidikan untuk ornag melayu dibangkitkan. Begitu juga pada tahun 1917, Za'ba yang kita semua tau merupakan cendekiawan membangkitkan isu ini dalam akhbar Lembaga Melayu dan pada tahun 1923,tokoh pendidik A. Kadir Adabi juga menyatakan didalam memorandum gagasan kepada DYMM Sultan Kelantan.  


pendeta Za'ba
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti, 14 buah institut, 12 buah pusat dan sebuah sayap swasta UKM Holding Sdn Bhd. UKM juga merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

UKM menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World Universiti Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rangkings.





Ahad, 21 Disember 2014

STUDY GROUP

Assalammualaikum, alhamdullilah dah abis mid test untuk semua subjek firts sem ni. Tapi final belum lagi, dah abis tu baru boleh betul-betul lega (hehe). Baru-baru ini aku dengan 3 orang member class buat study group untuk subjek makroekonomi. 
Sebenarnya kita orang tak rancang pon, tapi memandang class awal pagi hari tu dibatalkan (marketing) atas sebab-sebab tertentu, aku, Helmi, Zamri dan Shahir terus cari port study. Memandang ada masa terluang dengan test tengah hari tu nanti, kami dengan semangatnya study (aku yang paling fokus sebab tak sempat study kat rumah hahaha). Kadang-kadang kalau kita last minit study ni bagus jugak sebab lepas je baca buku terus masuk dewan jawab soalan and terus lulus (tak pasti lulus cemerlang ke tak).
Alhamdullilah apa yang kami study hari tu sedikit banyak membantu aku menjawab soalan dengan yakin dan betul. Sekarang kena prepare untuk final exam plak (hahaha letih aku). Walaumacamana pon, member aku yang 3 orang yang aku sebut tadi tu, aku ucapkan terima kasih sebab kalau kita tak buat study group hari tu aku tak pasti boleh  jawab test hari tu. Aku harap lepas ni kita buat lagi study group dan aku doakan semoga untuk final nanti kita boleh buat yang terbaik. Amin....