Ahad, 28 Disember 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA






Assalammualaikum, kali ni aku cerita tentang sebuah universiti yang terkemuka di negara iaitu UKM. Apasal nak cite pasal UKM? sebab aku study kat sini la..


ketika dalam pembinaan (kampus Bangi)

Ok kita start dari awal ek. Menurut sumber yang aku dapat, ukm ditubuhkan pada 18 Mei 1970 dan kampus pertama (sementara) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sekarang, UKM terletak di Bangi, Selangor (kampus utama), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.


PPUKM

         Sejarah penubuhan UKM bermula sebelum zaman kemerdekaan lagi (lamanya). Bermula ketika dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada tahun 1903, isu keperluan pendidikan untuk ornag melayu dibangkitkan. Begitu juga pada tahun 1917, Za'ba yang kita semua tau merupakan cendekiawan membangkitkan isu ini dalam akhbar Lembaga Melayu dan pada tahun 1923,tokoh pendidik A. Kadir Adabi juga menyatakan didalam memorandum gagasan kepada DYMM Sultan Kelantan.  


pendeta Za'ba
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti, 14 buah institut, 12 buah pusat dan sebuah sayap swasta UKM Holding Sdn Bhd. UKM juga merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

UKM menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World Universiti Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rangkings.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan