Khamis, 6 November 2014

Kampung HalamanKu, SEDIM


Sedim merupakan mukim tertua di Kulim, Kedah.Nama Sedim dari sebutan asalnya “Sidim atau ” atau “Sidin” telahpun tercatat dalam sejarah sejak Kedah belum menerima Islam lagi.Terletak kira-kira 28 kilometer dari bandar Kulim. Dahulu Sedim dikenali sebagai tempat bersejarah "Peristiwa Sedim". Tetapi kini lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan yang dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

Peristiwa Sedim

Peristiwa Sedim merupakan peristiwa penculikan oleh Tunku Abdul Rahman terhadap ayahanda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) iaitu semasa Jepun menyerang Kedah pada Disember 1941. Peristiwa tersebut terjadi pada hari Isnin 8hb Disember apabila Jepun menjatuhkan bom di Sungai Petani. Tunku Abdul Rahman pada ketika itu adalah Pegawai Daerah di Kulim. Pada malam sebelum "penculikan" itu berlaku, Tunku sedang bertugas di Ibu Pejabat A.R.P. dan menerima mesej daripada Dato Sri Syed Omar Shahabudin bahawa British hendak memindahkan Sultan pada waktu subuh.

Tunku Abdul Rahman bergambar bersama Komander Tentera Jepun, Major Tomiaka dan pemain-pemain bola sepak semasa menjadi Pegawai Daerah Kulim

Pada malam yang sama, Tunku memutuskan bahawa ayahandanya wajar berada bersama-sama rakyat jelata pada waktu itu. Oleh yang demikian, Tunku bertindak nekad untuk menghalang pihak berkuasa untuk membawa ayahandanya ke Pulau Pinang. Tunku melengkapkan diri dengan senjata dan bersama-sama dengan rakannya Syed Abu Bakar Al-Idrus, menunggu baginda di Simpang Kepala Batas. Kereta pertama dengan iringan polis bertolak dan dua minit kemudian muncul kereta Rolls Royce yang membawa baginda Sultan, Tunku Abdul Rahman menahannya dan melompat masuk lantas memaksa pemandunya menghala ke arah Kulim. Hanya apabila tiba di Pulau Pinang barulah mereka yang turut serta sedar tentang kehilangan baginda Sultan. Selepas membuat siasatan, mereka mendapati bahawa Sultan berada bersama-sama Tunku di Kulim.
Tunku berjaya melaksanakan misinya memandangkan pergerakan kenderaan yang perlahan dengan jarak masa selang dua minit bagi mengelakkan debu pada jalan. Tempoh dua minit cukup buat Tunku untuk melencongkan kenderaan berkenaan.
Tunku membawa ayahandanya ke tempat kediamannya di Kulim dan apabila pihak Jepun kian hampir, Tunku meminta baginda Sultan dan Pemangku Raja untuk ke tempat perlindungan yang disediakan khas di Estet Bukit Sedim iaitu di luar garis kemaraan Jepun. Seterusnya rombongan baginda dibawa ke Kampung Sedim. Pada ketika itu, penduduk kampung telah berpakat untuk membuat usungan daripada dua batang buluh dan apabila rombongan Sultan tiba, baginda diusung ke rumah Penghulu Sedim iaitu Haji Yassin. Di Kampung Sedim, Sultan Badlishah tinggal di rumah anak Penghulu Haji Yassin. Seramai 5 hingga 60 orang disuruh berkawal siang dan malam untuk menjaga keselamatan baginda Sultan. Mereka kekal berada di situ selama 6 hari sehinggalah Jepun menghantar rombongan untuk mengiringi mereka kembali ke Alor Setar. Apabila mereka sampai di Alor Setar, baginda Sultan tanpa meluahkan sebarang bantahan, tidak dibenarkan bersemayam di Istana Kampung Baharu kerana tentera Jepun mahu merampasnya. Oleh itu, Pemangku Raja membawa baginda Sultan tinggal di Istana Anak Bukit dan disitulah baginda mangkat pada tahun 1943, setelah memerintah selama 62 tahun.

Ketika menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang Pertama, pada 12 Januari 1963 YTM Tunku telah mengisytiharkan nama Kampung Sedim menjadi“Kampung Lindungan Raja”. Nama baru ini adalah mengambil sempena dan sebagai membalas budi di atas kawalan dan perlindungan yang diberikan oleh penduduk Kampung Sedim kepada DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Rumah Lindungan Raja yang pada asalnya milik Penghulu Mukim Sedim, Haji Yassin
Almarhum Sultan Abdul Hamid dikenali sebagai seorang yang warak.

Tarikan selain sejarah
Setelah sekian lamanya perisiwa bersejarah itu berlaku, kini Sedim lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan dari dalam dan luar negara. Antara tarikan pelancongan utamanya ialah:

The Tree Top Walk


Tree Top Walk ataupun lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Laluan Kanopi Sungai Sedim  merupakan adalah titi gantung sepanjang 1.5 km. Ianya terletak di kawasan Hutan lipur Sungai Sedim dan hanya 30km daripada Bandar Kulim.Laluan Kanopi Sedim mempunyai ketinggian sehingga 34450 mm dari aras tanah, sepanjang 950 meter dan setinggi 50 m dari tanah yang merupakan titian terpanjang di dunia.. Hutan Lipur Sedim terletak di kawasan Gunung Inas yang cantik dan dipenuhi alam flora dan fauna. Pelancong dari dalam dan luar negari datang ke sini dengan tujuan untuk menikmati alam asli yang sunyi dari hiruk pikuk kota serta untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.
Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini. Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan kehidupan liar yang sungguh menawan – kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah. 


WATER RAFTING


Sungai Sedim dianggap antara sungai yang mempunyai arus terderas di dunia dan diiktiraf juga sebagai jeram terbaik di Malaysia bagi sukan Water Rafting. Sungai Sedim juga dikategorikan 5 lokasi pilihan di Asia Pasifik. Banyak juga pertanadingan Water Rafting peringkat antarabangsa berlangsung di Sungai Sedim. Malahan Sungai Sedim juga pernah menjadi lokasi National Geography.Sepanjang sungai tersebut yang sejauh 15 km terdapat 24 jeram dengan nama-nama tertentu seperti Salak, Kasai Kawah dan Tiga. 



Tarikan pelancongan yang lain:

Selain itu, tarikan yang adalah seperti mandi-manda, berkelah, Kem Motivasi, Teambuilding, Summer Camp, Rock Climbing, Jungle Tracking, Flying Fox, dan lain-lain lagi.












       
Inilah sajalah yang dapat saya ceritakan tentang kampung halaman saya yang menarik.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan