Jumaat, 24 Oktober 2014

INTERNET

Assalammualaikum, kali ini saya akan cuba menerangkan tentang Internet mengikut fahaman dan kajian yang saya lakukan melalui sumber yang sedia ada.

Maksud perkataan Internet


  • Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.

Sebenarnya tidak ada satu-satu takrifan yang kursus yang boleh mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh di takrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi. Semuanya boleh di gunakan untuk menyatakan apakah dia Internet.

Takrif Protokol Rangkaian - Protokol adalah tata tertib yang perlu di ikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang di kehendaki. Oleh itu protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang di gunakan oleh komputer-komputer dan perkakasan-perkasasan yang terdapat dalam satu rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol komunikasi atau protokol sahaja.

Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan - Internet adalah merupakan sebuah rangkaian komputer sajagat yang memberikan dua perkhidmatan utama, ia itu, komunikasi dan capaian maklumat.
Jika di lihat dari aspek penggunaan, Internet boleh di katakan sebagai sebuah rangkaian yang memberikan perkhidmatan komunikasi elektronik, capaian jauh, perkhidmatan fail, penyibaran maklumat, pencarian maklumat dan beberapa perkhidmatan yang lain. Daripada aplikasi-aplikasi inilah di bina berbagai jenis perkhidmatan Internet seperti perdagangan elektronik, perbankan elektronik, pengiklanan melalui Internet dan sebagainya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan