Jumaat, 24 Oktober 2014

IDOLA DALAM DUNIA PERNIAGAAN

Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan seorang individu yang boleh dikatakan menjadi kebangaan bangsa melayu dalam perniagaan. Kita sering terdengar bahawa bangsa Cina merupakan golongan yang mendominasi dunia perniagaan di negara kita, malah di seluruh dunia (Negara China). Tetapi beliau telah membuktikan bahawa seseorang individu atau bangsa tidak dilahirkan dengan kehebatan tanpa usaha dan semangat yang kuat selain pertolongan dari tuhan. Beliau yang saya maksudkan adalah Tan Sri Syed Al-Bukahry.


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan AlBukhary. Beliau merupakan seorang yang suka berahsia. Tetapi ini tidak bermakna beliau seorang suka menyendiri. Beliau hanya tidak sukakan publisiti. Beliau merupakan seorang peramah yang hanya memandu kereta lamanya (Proton Perdana & Mercedes yang berusia 20 tahun).
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada tahun 2005 dan menjadi orang ke-7 terkaya di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau juga merupakan ‘Wira Dermawan Asia’ selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah dan Hishamudin Ubaidulla.

Keluarga & Pendidikan
Tan Sri Syed Al-Bukhary berasal dari keluarga yang sederhana. Mereka tinggal di utara semenanjung Malaysia (Alor Setar Kedah). Beliau merupakan anak ke-3 dari 7 adik-beradik. Ketika beliau berumur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Bharu hingga ke tingkatan 2. Kemudian beliau kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael’s. Beliau tidak menyambung pelajaran setelah SPM kerana keluarganya mengalami kesempitan wang akibat ternakan lembu bapanya dijangkiti dijangkiti penyakit mulut dan kuku (FDM).

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berkahwin dengan Sharifah Zaharah Binti Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Mereka juga dikurniakan anak seramai 5 orang. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah.

Bermulanya dalam Perniagaan
Perniagaan pertama beliau adalah membeli daging lembu lebihan penjual di pasar dan menjualnya semula kepada pembeli bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Setelah melihat kegagalan perniagaan bapanya, beliau mengambil keputusan untuk menyara kehidupan keluarganya. Beliau ketika itu hanya berumur 19 tahun pada tahun 1970.

Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Pada 1974, beliau membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.

SYARIKAT-SYARIKAT YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN BELIAU


‘Tycoon’ Perniagaan Malaysia
Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Beliau juga mempunyai kepentingan syarikat (pegangan saham) di dalam dan luar negara. Ini semua dilakukan beliau agar kepentingan pegangan tersebut tidak jatuh ke bangsa yang lain. Beliau bukanlah seorang yang tamak, tetapi disebabkan cintanya terhadap negara, bangsa dan agama. Pada masa yang sama beliau membantu menaikkan taraf ekonomi negara dengan menyelamatkan syarikat-syarikat tersebut daripada kegagalan.
Contoh yang dapat diberikan adalah apabila Dasar Penswastaan yang dilaksanakan ketika itu oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad bagi mengurangkan pergantungan kerajaan. Menteri Besar Johor pada ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (sahabat baik Tan Sri Mokhtar). Tan Sri Syed Mokhtar membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta menerusi Program Penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hinggakan berjaya meyakinkan 2 buah syarikat perkapalan antarbangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kerja Kebajikan
Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada tahun 1996.Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan. Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.
Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010.
Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.
Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah),
Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM 1juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tokoh Maal Hijrah 2008/1429H
Pada 10 Januari 2008, Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary diumunkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan. Beliau menerima hadiah berupa piala, pingat dan wang tunai RM80,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir di majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah mansor.

KETIKA BELIAU MENERIMA ANUGERAH




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan