Sabtu, 18 Oktober 2014

MINATKU TERHADAP MUZIK

ASSALAMUALAIKUM......

Hari ini saya ingin menyampaikan serba sedikit tentang muzik. Kenapa muzik? Ini kerana saya merupakan peminat tegar muzik terutamanya muzik dari barat.

Sejujurnya, topik ini agak mencabar sedikit untuk ditulis. Maklumlah saya bukanlah seorang graduan dari aliran muzik. Bahan rujukan untuk menulis artikel yang seberat ini pun saya tidak ada. Oleh itu, fakta-fakta dalam penulisan ini tidak wajar diterima bulat-bulat oleh pembaca kerana ia hanya berdasarkan sumber-sumber dari majalah dan hasil carian di internet sahaja....


3 Kategori Utama Muzik

Secara keseluruhan, muzik barat boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu KlasikalJazz dan Pop. Pengklasifikasian kepada 3 kategori ini pun sebenarnya mendapat pelbagai pencanggahan pendapat kerana ada juga yang mengatakan, Jazz itu adalah sub-kategori kepada Pop...haha.

Tetapi saya lebih suka jika 3 kategori ini digunakan untuk mengklasifikasikan muzik-muzik yang ada. Ini kerana terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiganya dari aspek disiplin dan format susunan muzik itu sendiri...

Muzik Klasikal

Apa yang dikategorikan sebagai Muzik Klasikal adalah muzik Eropah yang telah mula dimainkan seawal kurun ke-11. Terdapat beberapa pecahan dalam Muzik Klasikal bergantung kepada era atau zaman sesebuah lagu itu dicipta, serta bentuk lagu itu sendiri seperti concertosymphonysonatasuite ataupun etude.

Kebanyakan Muzik Klasikal direkodkan dalam bentuk skor dan notasi muzik. Terdapat tanda-tanda dalam skor muzik tersebut yang perlu dipatuhi oleh sesiapa yang mahu mempersembahkan sesebuah lagu Klasikal. Ia tidak boleh dimainkan sesuka hati seperti lagu-lagu modern yang biasa kita dengar hari ini. Malahan tujuan dan perasaan komposer ketika mencipta lagu tersebut juga, harus difahami oleh seseorang pemuzik jika mahu membuat rendisi...  

Muzik Jazz

Melalui hasil pembacaan saya di wikipedia, tidak ada satu pun definisi yang tepat untuk menggambarkan Muzik Jazz. Asal-usul muzik ini dikatakan telah bermula sekitar awal kurun ke-20 semasa penghijrahan kaum kulit hitam ke benua Amerika. Ia telah dimainkan dengan matlamat untuk bersaing dengan muzik Eropah (Muzik Klasikal). 

Berbeza dengan Muzik Klasikal yang mementingkan disiplin ketika menyampaikan sesebuah lagu, Muzik Jazz adalah lebih bebas. Seseorang pemuzik boleh menukar kord, melodi serta struktur lagu secara spontan ketika membuat persembahan. Ini ialah apa yang dinamakan sebagai improvisasi, iaitu satu elemen yang paling signifikan dalam Muzik Jazz...

Walaupun nampak seperti "suka-suka hati", seseorang pemuzik haruslah memiliki ilmu terlebih dahulu sebelum mampu membuat improvisasi secara spontan. Jika tidak, sudah tentunya sesebuah lagu itu akan kedengaran janggal dan sumbang...

Jika mahu dibuat perbandingan antara persembahan Klasikal dan Jazz, di persembahan Muzik Klasikal penonton mahu lihat sejauh mana seseorang pemuzik itu faham dengan apa yang mahu disampaikan oleh komposer asal. Manakala di persembahan Jazz, penonton mahu lihat sejauh mana hebatnya seseorang pemuzik itu boleh mengubahsuai sesuatu karya mengikut kreativitinya...

Kalau anda pernah menonton persembahan Jazz, anda pasti pernah lihat beberapa pecahan dalam satu lagu yang dipersembahkan, seperti solo bagi setiap instrument, interaksi antara pemuzik (gitar berlawan dengan drum misalnya...hihihi) serta perubahan tempo secara tiba-tiba mengikut keadaan serta suasana sesuatu tempat...

Berikut ini ialah lagu yang saya minati......

FRANK SINATRA [FLY ME TO THE MOON]

Muzik Jazz juga ada banyak pecahan genre dan sub-genre yang tersendiri. Sebahagiannya juga ada yang termasuk dalam kategori Muzik Pop...

Muzik Pop

Nama "Pop" telah diambil dari perkataan "popular". Jadi, tidak hairanlah jika lagu-lagu dari ketegori ini adalah yang selalu kita dengar di radio mahupun TV. Muzik Pop lebih mudah diterima dan dinikmati oleh semua orang kerana ia menampilkan susunan yang lebih ringan, tidak kompleks seperti Muzik Klasikal, namun tidak pula kedengaran terlalu "improvise" seperti Muzik Jazz. 

Hampir semua genre muzik yang ada hari ini termasuk dalam kategori Pop, antaranya ialah:
  • Balada
  • Country
  • Rock
  • Reggae
  • RnB
  • Funk
  • Dance
  • Mengikut negara seperti Brit-Pop, K-Pop, J-Pop
  • Electronic
  • Latin
  • Hip Hop
  • Blues
(sekadar menamakan beberapa sahaja...)

Semua genre Muzik Pop di atas pula boleh dipecahkan kepada beratus atau berpuluh lagi sub-genre setiap satunya. Dan terdapat juga gabungan di antara genre seperti contoh Balada dengan Rock, ataupun Dance dengan Country. Kadang-kala,elemen-elemen Jazz juga akan dimasukkan sekali ke dalam Muzik Pop.

Dalam kesemua genre pop diatas saya lebih sukakan ROCK!!!

Nampaknya setakat ini sahajalah penulisan saya. Insyallah saya akan bersambung  lagi..

Assalammualaikum...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan